Isnin, Mac 31, 2008

Siri kisah ayat yang tidak disukai

Masa baca blog Shahrul tadi, aku terkejut sebab ada phrase yg pernah aku dengar dan amat aku tak suka. ayat dia lebih kurang gini la... 'do things right the first time'. ayat yang keluar dari mulut big boss aku. dan juga ayat yang membuatkan aku surf jobstreet hari2.
..
Mana ada orang perfect beb. kalau nak perfect sangat, suruh la robot buat keje. Ingat aku suka sangat ke nak keje. baik aku lepak kat rumah tgk tv je. nasib baik la lepak kat rumah tu tak dapat gaji, kalau tak dah lama aku resign beb.
..
kalau nak suruh buat keje pun, suruh la elok2. takyah la masamkan muka tu. takyah la cakap "if you cannot do this, you don't deserve to be here". tau la aku ni slow skit. kepala hotak aku ni pun dah penuh dengan nama2 player EPL, mana nak ingat sumer manual ngan prosedur! zaman skang ni mana ada orang baca manual! kalau beli barang elektronik pun macam la aku nak baca manual. kalau korang, aku taktau la. tapi kalau aku, aku lebih kepada trial and error, pastu baru la terer tahap gaban. siap bleh ajar orang lagi.
..
ni aku nak pesan kepada mereka yg berkenaan, tak semua orang sama beb. tak semua orang bleh lari bawah 10 saat. tak semua orang bleh keje 24 jam sehari. tak semua orang bleh jadi macam kau! aku takleh dan taknak jadi macam kau! hehe. so, kalau dah jadi ketua tu, flexible la skit beb. kalau nak suruh buat keje pun takyah la masam muka, gertak2 orang. kalau senyum kan bagus, aku nak buat keje pun tenang.
..
sekian......

Selasa, Mac 25, 2008

Siri kisah Skrin PC Gua Berkaler Biru

Sungguh best bangun pagi di hujung minggu
Tak perlu tergesa2 mandi dan gosok gigi
Tak perlu pikir pasal keja di opis yg tak bosan menunggu
Tak perlu risau suara bingit bos mengarah itu ini
...
Tanpa kontrol hensem gua melangkah lambat
Sebenarnya nak carik makanan kat dapur
Tapi singgah sebentar kat PC kesayangan yg mmg hebat
Lepas pasang karen, on PC, gua sambung berjalan ke dapur
...
Kat dapur ada la cekodok yang binik gua dah lama siapkan
Best jugak makan cekodok sambil minum milo
Kepala hotak gua sibuk berpikir sambil melantak makanan
Tapi pikir lama-lama sangat kang bleh jadi gilo
...
Kepala hotak gua asyik pikir pasal pertandingan cipta logo aje
Alaa yg opis gua organise tu laa
Logo dah lama ada cuma nak karang makna aje
Takkan la nak antar logo kosong plak
...
Dah puas pikir, kena la gi taip kat PC
Takkan la nak tulis plak, nanti satu tangan pegang pen, satu lagi pegang mug, camne nak menggaru
Sampai PC, gua pun duduk la kat kerusi
Tengok2... skrin PC gua berkaler biru
...
Dah restart 10kali...skrin PC gua masih berkaler biru
...
Arghh!!! time2 kritikal camni dia buat hal plak! tensen!!! AS@!#$#@$@#!!!!

Isnin, Mac 17, 2008

Siri kisah kereta orang

Siri kisah pada kali ini berkisar tentang keta. td keta member gua eksiden. teruk gak keta dia, nasib baik tuan empunya keta tu tak teruk. kalau korang nak tengok atau nak sedekah duit ke sedekah doa2, silalah ke blog stingzz.

tadi gak masa gua balik dari opis, on the way ke opis binik gua, gua ternampak satu kapel kat dalam keta kat belakang gua sedang asyik bercintan cintun. kapel melayu beb, awek pakai tudung lg tu. time tu dah le jem kat jalan kuching tu, sambil2 dengar radio, gua tengok la keadaan sekeliling. memula tu gua perasan la kapel tu tengah bergurau senda, so gua buat dek jelah. dalam 5 minit pastu, bila gua tgk kat rear-view mirror, gua nampak kapel tadi tu buat action lebih2 plak. tau la korang tgh syiok bercintan, takkan la nak cemolot depan gua plak. ingat gua heran ke. tapi dalam tak heran tu gua teruskan mengusha gak.

fuhh, lama jugak kapel tu cemolot, ada dalam 15 minit. sambil2 mengutuk perlakuan diaorang tu, gua terus usha, manalah tau kalau diaorang perasan yg gua tgh usha ni, so diaorang pun akan stop la. tapi harem, diaorang langsung tak pedulik. gua rasa kalau gua kuar keta gi lepak kat seat belakang keta diaorang pun belum tentu diaorang sedar lagi. hehe.

kalau korang la .... nampak benda2 camni, kira2 membuat perlakuan over dikhalayak ramai, pe yg korang akan buat?

a. buat bodo
b. sound kapel2 yg tak paham bahasa tu
c. adjust tempat duduk, pastu layan movie sampai habis
d. bagitau ustaz kat surau berhampiran


selalunya aku pilih c je. tapi pasni aku nak try yg option d tu la plak. mesti ending dia lg syiok. haha.