Jumaat, Ogos 01, 2008

Why so serious?

Siri kisah pada kali ini berkisar tentang aktiviti gua siang tadi. Siang tadi gua gi usha pesta buku kat pwtc, ingat nak carik buku pasal komputer etc. tapi kali ni tak banyak booth yg ada, cuma 1 floor je. tak nampak cam pesta pun. ada booth2 tu siap ada penulis2 buku tgh tunggu nak sign otograf, tp takde plak org yg beratur mintak otograp. gua tgk kesian gak, ikut hati nak je gua hulur kertas mana2 suruh diaorang otograp. tu lah, apsal korang datang time hari keje, kalau datang time weekend mesti tak camni.

lepas gua beli thesaurus dewan bahasa (untuk projek rahsia gua. haha), gua pun terus cabut. nak balik rumah jauh....malas ah, gua pun gi la kat berjaya times square. dah pusing2 kejap rasa boring lak. pastu gi la ikut2 beratur skali ngan org yg nak beli tiket wayang. gua beratur tak lama, dalam 10 minit je dah sampai kat kaunter. gua pun tanya la...

gua: "bro, citer pe yg nak start skang?"
bro penjaga kaunter: "ada citer mummy, dark knight ngan I'm not single. Mummy tinggal seat depan je. yang lain banyak kosong"
gua: "oo"

gua pun pikir la kejap. sama ada citer mummy atau dark knight. I'm not single tu nnt gua tgk bila kuar astro. hehe. last2 gua pilih dark knight sebab si bojan cakap citer tu best giler, lagipun gua taknak duduk kat seat depan skali. gua pun bayar tiket rm8 untuk citer dark knight.

seat gua yang paling belakang of the belakang. gua ingatkan gua sorang je solo, rupa2nya ada gak sorang awek ni duduk sorang2 selang 2 seat dari gua. ada gak org2 gersang layan wayang time2 camni. sian dia. hehe

kat panggung ni kira selesa gak la kalau compare ngan yang gua tgk kat galaxy cheras. kat sini takde rombongan famili datang beramai2 tgk wayang, takde anak2 yg kejap2 main kerusi pastu gelak terbahak2 kat scene yg agak tak kelakar.... kat sini aman skit... syok skit nak tgk wayang.

part citer dia bagi gua menarik la. ganas dan tak sesuai untuk budak2 kecik. gua bagi 4 bintang untuk mamat banduan yg berada dalam kapal tu sebab mengambil tindakan yg bijak dalam saat2 genting. tak macam batman, semua org jahat dia selamatkan, dah tu ramai org2 awam yang mati dikerjakan org jahat. -1 bintang untuk awek yang kena bom tu sebab dia perasan orang akan selamatkan dia dulu. gua tak heran la pasal tu, kalau katie holmes yg jadi awek tu gua ingat gua akan sedih gak aa. 5 bintang untuk joker masa dia menyamar jadi nurse pastu terkial2 nak letupkan hospital. kelakar beb.

pengajaran dari citer ni ialah jangan suka main pisau, nnt membahayakan diri dan org lain. sekian.


7 org sudah mengutuk, anda bila lagi?:

jepp berkata...

Gua bagi 5 bintang utk Dark Night. Patot le si Ledger R.I.P, mungkin dia terbawak2 karekter Joker tuh! Awek Batman plak tak braper cun compared to Mrs Cruise.Patot amik ler awek citer "Chuck", Sarah or awek "Reaper", Andi.

Mummy 3 nie pon nampak mcm best, tapi gua save my money for Terminator 4: Salvation - The Future Begins.

Hasta la Vista!

sare_reyes berkata...

jepp...btui la awek batman tu agak kureng. awek 'chuck' ok gak, tp ganas. hahaha.

azwad berkata...

Tapi macam tak best je hero Terminator pun pakai hero Batman juga.

caza berkata...

dark knight bes laaaa..

wa kasik 8/10 bintang okeh. :p

sare_reyes berkata...

Shahrul...setakat ni ok la mamat batman tu...tp kalau semua hero dia bolot, dah jd tak best la plak

caza...batman best tp ganaz sgt aa...aku asyik terkejut je...

kamarozz a.b. berkata...

weh dah update blog...ekekek... gua tak terperasan la plak..
gua tak tgk dark nite lagi...tapi hellboy dah

sare_reyes berkata...

sting...lu mmg slow..hahahah