Rabu, April 16, 2008

Siri kisah sad ending

Siri kisah kali ini berkisar tentang season yang gelap. aku sebenarnya tak suka tengok citer sedey2 sebab aku tak suka ending yg sedey. kalau bleh aku nak happy ending je. sama la jugak kalau aku tengok team EPL kesayangan aku iaitu Arsenal. kalau bleh aku nak tengok diaorang menang semua game. tapi apakan daya, permulaan yg baik tak semestinya berakhir dengan baik.
.
seperti kata djurai..."yang sudah tu sudahlah...", dan kata sorang warga UK..."don't look back in anger..."
.
pe2 pun Wenger kena la buat post mortem kenapa Arsenal yg hebat jatuh tersungkur tiba2. ni serba sedikit yg aku nampak la...
.
1. Terlalu mengharap kat player cam van persie, rosicky, hleb, fabregas. bila injured atau tak form, dah taktau nak buat camne.
.
2. Takde back up player yg bagus. bila ramai first team player injured, performance pun drop giler2
.
3. Team tak sehati sejiwa. ada yg gaduh2, ada yg bolot, ada yg asyik pass kat sorang player je pastu taknak pass kat org lain.
.
4. Ada player yg blur kat padang cam eboue, bila dapat bola pastu taktau nak buat apa.
.
5. Ada player yg pandai hold bola, tapi asyik pass belakang dan takde nak try buat thru pass ke, cam diaby.
.
6. Wenger plak asyik2 bagi si eboue, diaby tu main walaupun contribution diaorang teramatlah skit.
.
7. Pemain cam Walcott lak kurang dapat main full 90mins
.
8. Takde player selain van persie yg betul2 bagus untuk amik free kick depan gol lawan.
.
Perubahan2 yg perlu untuk menghadapi season depan...
.
1. beli ramai skit player berpengalaman esp kat bahagian defend ngan serangan.
.
2. kena pelbagaikan taktik, esp cara menyerang.
.
aku rasa nasib arsenal ngan aku sama la tahun ni. so season depan kena mula semula. dan season depan aku mungkin jarang berada depan pc sebab nak berbakti kepada tanah....hehe

8 org sudah mengutuk, anda bila lagi?:

scott berkata...

season depan ko nak jadi petani ke sare? biar betikkk

kamarozz a.b. berkata...

BERBAKTI PADA TANAH??????!!
MCM REAL AJE

naRz berkata...

ye ke?

zain aziz berkata...

pssstt...

kalu tgk discovery channel takada sad ending.

muahahaha!

sare_reyes berkata...

Scott...keje kebun lg best ah, sure tak kena pressure ngan pokok2...hhehe

Sting...kalau takde keje lain, akan jd real beb

narz...ye kot

zain...discovery channel no. bape? aku tgk channel 811-813 je

azwad berkata...

ok le tu.

Aku ingat zaman aku sekolah menengah rendah, tinggal kat kem tentera. Aku tanam ubi (paling senang) dan kacang botol. Sawi pun senang juga. Boleh beli benih sawi dan jaga 1-2 minggu, dah boleh makan. Mak aku yang tanam utk buat lauk je tapi ada juga jiran nak beli. Kitorang tak guna pesticide.

Kalau kacang botol kena ada pancang kayu utk dia menjalar. Kira ok juga le projek ubi aku cuma aku tak puas hati ubi aku kecil-kecil je. Silap aku pasal tanam tak dalam dan ada tu batang dia aku tanam tegak (aku tak tanya sblm buat hehehe).

Masa kat kem dulu, yang paling hebat ialah keluarga orang Iban (selalunya unit Armour dan Komando, pasal diorang brutal kot). Diorang punya kebun besar. ada pisang, jagung, ubi jangan ceritale. Diorang laki bini takleh dok diam kat rumah. Mesti berkebun.

So, good luck! Berkebun dapat releasekan tension. Masa cebak tanah dgn cangkul tu, kau bayangkan kau cangkul bos kau hehehehe!

zain aziz berkata...

beb..

Ubi tuh kena tanam atas batas baru tumbuh ubinya. Kalau tanam atas tanah biasa tak kuar/kecik jer. Paling sedap kalau tanah hutan/gambut ditambah pulak dengan batas yang besar.

Ubi plak ada jenis: Industrial atau consumption.
Industrial demand sentiasa ada (esp. starch based product)tapi harga kena ikut kontrak. Tak payah susah marketing bcoz mmg kilang carik.Malaysia setakat ni kalah dengan Indon n Thailand untuk supply ubi kayu. Thailand siap ada Lembaga ubi kayu lagi!.
Consumption lagi untung tapi ada pasang surut permintaan, kena lebihkan usaha untuk marketing.

Tapi kalau kau berani, baik bukak kilang untuk proses rempah ratus... $$$$$ masyukk..

sare_reyes berkata...

shahrul...zain...aku tanam ubi main campak2 je, pastu biar dia tumbuh sendiri. hehe.

kalau nak lagi masyuk, kawin ngan anak tokey kilang...muahahahah