Khamis, Januari 24, 2008

Siri 2: kisah ekspidisi ke JB

mula2 aku nak bagitau kepada penyokong2 Arsenal, kuatkan semangat, jangan gaduh2 sesama team (warning kepada adikbayar)…setakat kalah kat piala kecik ni takde maknanye….sekian…

…sambungan dari siri 1…

majlis perkahwinan panda dan diny dijadualkan berlangsung jam 8.00mlm. dan organizer rombongan dah suruh tunggu di lobi hotel jam 7.45mlm. tapi disebabkan rombongan terdiri dari VIP-VIP yg tak diiktiraf, kitaorang kumpul kat lobi hotel pukul 8.00mlm. dan kumpulan Honda i.e. mat yus n family terlebih VIP, dia suruh kitaorang pegi dulu sebab tak abih gosok baju.

rupe bentuk pelamin ala2 garden dgn bunga2 segar

Majlis berlangsung di kompleks mawar, JB. Ni ada trivia untuk korang2 semua, kompleks mawar ni jugaklah tempat di mana audition AF6 akan berlangsung untuk negeri Johor. Hehe.

Sampai je kat kompleks tu, guard kompleks tu suruh parking keta kat luar sebab dalam dah penuh. Hampeh tul. Sebagai VIP, sepatutnya kitaorang bleh la masuk dalam, park sebelah kereta pengantin. Hehe.

Lepas parking, kitaorang pun berjalan masuk ke dalam dewan. Kat situ kitaorang disambut oleh abang pengantin. Sebelum bleh masuk, kitaorang kena register dulu. Pehhh, first time aku gi kenduri kawin kena register nama. Aku buat2 relax je tapi dalam hati “aku nak sign! Aku nak sign!”, aku ni memang suka tulis2 dan sign nama nih. Memang dah dilatih sejak zaman skolah dulu. Tulis nama kat baju, seluar, selipar, lantai, dinding, katil etc. hehe.

gamelan menghibur tetamu sebelum pengantin tiba

Meja kitaorang kat row no. 3 dari pentas. Sebenarnya caza dah book meja kat row no. 1, tapi disebabkan yg duduk kat meja tu adalah dari kalangan makcik2, so kami pun tak jadi join caza. Tapi alih2, dia plak join kitaorang. Hehe.

ahli2 jawatankuasa meja...bro narz, sting dan man


mat yus dan family

Lepas duduk tu, kitaorang pun tunggu la ketibaan pengantin sambil tengok lilin membakar bunga yang diletak kat tengah2 meja. Lepas abih berasap bunga tu, kitaorang pun panggil la budak-penunggu-meja untuk settlekan masalah kebakaran kecil tu. takkan nak suruh VIP buat keje, btul tak? Hehe. Oh ya, kat setiap meja ada sorang yg in-charge ‘jaga’ meja tu. tu yg kitaorang panggil budak-penunggu-meja. Budak-penunggu-meja kitaorang punyelah rajin, pantang air oren aku habis, terus dia top-up. Memang bagus. Ingatkan nak bagi tips, tapi nanti dia nak ikut balik plak, haru je. hehe.

Sambil menunggu ketibaan pengantin tu, ada la nyanyian dari adik kecik sambil diiringi paluan irama gamelan. Suara ok, boleh tahan lantang tapi lontaran tu kureng sedap skit, kalau boleh bagi lenggok skit suara tu, takde la monotone sangat. hehe

Tak berapa lama pastu, dengar bunyik kompang. Tu maknanya pengantin dah sampai la tu. aku tak dapat shot yg elok masa pengantin berjalan ke pelamin sebab kamera aku ni slow nak mampus. Nak ‘on’ pun amik masa seminit, potong btul.

Fesyen pengantin pada malam tu ala2 fusion tradisional ngan moden.

raja dan permaisuri sehari: panda dan diny


macam gaya sultan daaa

Lepas pengantin duduk kat pelamin, ada show dari kanak2 comel yang ntah dari mana panda kutip, joget zapin dan inang. Ala2 zaman kesultanan melayu lama gitu. Memang menghiburkan. 10 markah untuk awek baju kuning yang duduk kat belakang pemain2 gamelan tu. hehe.

penari2 cilik. apsal baju ngan seluar tak sedondon? tak sempat tukar ke? hehe

Lepas tu cam biasa, mesti ada sesi menepung tawar. Dan untuk tidak membuang masa, hanya ahli keluarga terdekat je dijemput.

Lepas abis show, pengantin diiringi ke meja makan. meja yang punye besar dan lawa tu pun sting taktau. Ada ke dia tanya, “meja makan pengantin kat mana?”

Lepas asyik tengok pengantin je, mak bapak pengantin pun takleh tahan, so diaorang pun naik ke pentas nak bagi sepatah dua ratus ribu kata. Lepas 10 minit dan seribu patah perkataan yg diberi oleh mak bapak pengantin tu, tetiba si bro narz bertanya “sape yang berucap? Kat mana?”. Nasib baik lilin kat meja tu dah padam, kalau tak bleh aku letak depan mata bor narz, biar terang skit. Hehe

Lepas mak bapak pengantin berucap, tetiba ada sorang pakcik ni naik pentas. Sape plak jemput dia naik nih? Pandai2 je. rupa2nya dia baca doa. Baca doa takpe.

Dah abih doa tu paham2 jelah. Its makan time! Kat atas meja ada la 4-5 jenis lauk yg aku taktau pe nama dia. Tapi semua sedap2 belaka. Tapi walaupun sedap, aku makan skit je sebab perut dah kenyang makan McD petang tu. tapi aku minum oren 6 gelas la jugak, sebab bila kosong je, budak-penunggu-meja dah refill. Kena minum lagi. Pastu dia refill lg.

Sambil2 makan, ada la hiburan dari anak mat yus yang cuba nak cabut daun2 plastik kat pokok sebelah meja kitaorang. Hampir2 tumbang jugaklah pokok tu. pastu ada gak aksi faifai berlari2 anak sambil melanggar semua orang yang lalu lalang. Anak sapa la ni?!!

Lepas abis makan, baru dapat sembang2 ngan kawan2 lama dari mrsm kuantan dulu, si Arip ngan Abu. Diaorang ni termasuk si caza ngan zain, nak bergegas balik ke KL lepas abis kenduri sebab nak tangkap kapal terbang kul 7pagi. Semoga diaorang berjaya tangkap kapal terbang masing2. bila pikir balik, camni la kawan yg kita nak, walaupun ada urgent flight esok paginye, sanggup turun tengok kawan kawin. *takde niat nak tujukan kat sesape. hehe*

Lebey kurang kul 10.30mlm, aku dah tak senang duduk. Pikir nak balik je sebab game Arsenal start kul 11.00mlm. tapi aku kuatkan semangat, tunggu gak kat situ sampai abih majlis. Atas request pihak pengantin, kitaorang pun amik nombor, tunggu turn untuk bergambar bersama pengantin.

Walaupun telah di warning oleh pihak pengantin, namun bro narz tetap berdegil. Cam citer sang kancil ngan monyet je. orang cakap jangan naik atas pelamin tu, kang roboh, tapi dia nak jugak. Haih, nak wat camne. Nasib baik tak roboh. Hehe.

Lepas abis majlis, kitaorang pun balik ke hotel. Aku terus bukak tv, tengok game arsenal. Budak2 bujang terus mengular dan melepak kat kedai makan kat luar. Mat yus plak aku taktau pe aktiviti dia pastu. Hehe

Sekian, report dari sare untuk kawan2….

P/s: kalau nak tengok gambar lagi...gi la tgk blog sting

3 org sudah mengutuk, anda bila lagi?:

kamarozz a.b. berkata...

adebayor ni dah lebih ni...dah pandai melawan...ni yg gua hangin ni..kalo kalah sket2 takpa...ni dah kira sayur ni..

caza / cakcibo® berkata...

mane gamba?

jgn gatal ek letak gamba artis aku tuuuu

naRz berkata...

aku bukan x nampak sapa bg ucapan tu..cuma x perasan jer bro...maklumla semua pakai color ijau..mana satu org, mana satu pelamin pon aku dah x prasan...huhuhu...

eh mana gambar telor tenggelam?