Jumaat, November 16, 2007

Siri kisah customer service lagi



Pengisian pada hari ini berkisar tentang customer service. aku dah pernah raise issue ni dulu dan kali ni aku terkena lg.
.
Isnin lepas aku cuti, ni lah masanya aku nak bayar bil2 untuk bulan ni. selalunya aku bayar thru internet je, tapi disebabkan internet kat rumah aku tak up lg (time tu la), so kenalah gagahkan badan gi ke bank. kat ijok ni takde bank, yg paling dekat kat btg berjuntai. tp aku pegi bank kt kuala selangor sebab kat situ semua jenis bank ada.
.
sampai je kat kuala selangor, bank pertama yg aku nampak ialah simbank. terus la aku park keta kat situ. aku pun masuk la dalam bank tu, takde la ramai orang. di sebabkan aku ni dah lama tak gi bank, dan dah lama tak bayar bil kat bank, aku pun tanya la staff pompuan kat situ.
.
aku: "dik, nak bayar bil astro kena amik nombor ke?"
staff: "bayaran bil semua kena pakai ATM" sambil jarinya menuding ke arah ATM mesin kat situ.
aku: "tapi saya takde duit dalam akaun, saya bawak cash ni"
staff: "encik boleh masukkan duit kat cash deposit machine, lepas tu bayar thru ATM"
aku: "tak nampak ke cash deposit mesin tu rosak, abih camne?"
staff: "encik kena masukkan duit kat kaunter, lepas tu bayar bill astro di ATM"
aku: "takleh bayar terus kat kaunter ke? kan senang camtu"
staff: "encik, isi borang ni lepas tu masukkan duit kat kaunter"
ishh budak ni paham ke tak aku tanye hape nih, aku cakap dalam hati
aku: "saya pakai kad atm, boleh masukkan duit ikut kaunter ke?"
staff: "encik isi la borang ni, kemudian masukkan duit kat kaunter"
memang sah, dia ni tak paham bahasa...
aku: "saya taktau nombor akaun, saya cuma ada kad atm, camne nak isi borang ni!" aku naikkan skit suara...geram.
staff: "ooo, mintak kad encik" dia pun key-in kat pc dia...pastu dia cakap lg "nombor akaun encik XXXXXXX"
aku: "time kasih!" aku blah tanpa senyum kat minah tu.
.
lepas amik nombor, aku pun tunggu giliran....pastu masukkan duit thru kaunter. lepas tu beratur lagi kat atm machine tu untuk bayar bil.
.
letih tul, takkan la takleh bayar bil thru kaunter? hape diaorang dah upgrade system ke? bagi aku lebih ke downgrade ada la. at least kalau atm machine rosak, bleh la settlekan thru kaunter.
.
pengajaran daripada cerita ini ialah, waspadalah kalau nak upgrade system...bukannye lebih baik malah jadi lebih teruk. dan yang paling teruk, menyusahkan customer cam aku. sekian....

Jumaat, November 02, 2007

Siri kisah hobi baru

Selamat hari raya kepada semua. dah lama aku tak update blog ni. sibuk beraya satu hal, sibuk keje pun ye jugak. tapi akhir2 ni aku sibuk ngan hobi baru. sebenarnya baru je nak mula berjinak2, baru nak cuba try test je.

aku nak cuba menceburi dunia penulisan pulak. idea tu ada la skit2, dan aku dah gak try tulis satu dua bab...tapi mendapat kritikan hebat dari kawan2. tu baru kawan2 baca, belum orang lain yg lagi expert. nampak gaya aku kena gi kelas penulisan la. kat mana ek ada buat kursus2 yg berkaitan ngan penulisan nih?

sebenarnya hobi ni bermula dari hasutan si sting la ni, dia cakap "sare, kita kena buat apa yang kita suka. sampai bila kita nak jadi camni, keje siang sampai malam". aku terkedu gak la setelah dikemukakan soalan berbentuk intelektual camni. bukan selalu dapat soalan2 camni. yang selalu aku dengar dari mulut sting ialah "jum nasi lemak" atau "petang ni nasi lemak jum" atau "esok nasi lemak?" atau soalan feveret dia..."so?".

dah ditujukan soalan cepumas camtu, aku pun kena la jawab. secara jujurnya aku suka tidur pastu aku suka tengok citer katun dan baca citer katun. tapi demi taknak mengecewakan sting, aku pun cakap la "betul gak tu sting...aku ingat nak tulis novel la".

dan dari situlah dengan rasminya hobi aku bermula. semoga aku berjaya menjadi penulis yang tersohor. pastu ramai orang beli buku aku. pastu aku jadi glamer dan kaya raya. pastu aku bleh buat benda yang betul2 aku suka iaitu tidur dan tengok citer katun dan baca citer katun. sekian.