Isnin, Disember 24, 2007

Siri 1: kisah rombongan ke Bandung

Bandung...bird's eye view (courtesy from Googles...hehe)

Minggu lepas masa orang ramai sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Haji, aku plak sibuk nak pegi ke Bandung, Indonesia. Bukan nak gi jalan semata2, tapi nak gi tengok member kawin kat sana. Rombongan aku dalam 5 orang termasuk anak aku. ada satu lagi rombongan kawan2, tapi diaorang gi Jakarta dulu, pastu baru gi Bandung.
.
Disebabkan ini first time aku gi Bandung, so aku citer serba sedikit pasal Bandung dulu. Siri akan datang plak, aku akan citer pasal adat budaya perkahwinan sunda. Pastu plak aku akan citer pasal tips and tricks dan persediaan untuk melawat Bandung.

Faifai dan sweater barunye

Flight udara Asia aku tiba kat Bandung dalam kul 10 pagi. Aku pun siap2 la pakaikan baju sejuk kat anak aku, bini aku pun dah siap pakai sweater biru dia. Aku cuma pakai tshirt je sebab aku mmg takde sweater, last time aku pakai sweater pun masa studi dulu. Lepas tu semua sweater aku, aku buang dalam tong sampah kat sana. Malas nak bawak balik mesia sebab tebal sangat.
.
Orang cakap kat Bandung tu sejuk. Aku ada gak check kat internet, dalam 25 darjah dua Celcius. Kira sejuk la tu kan? Tapi turun2 dari kapal terbang, cahaya matahari memancar terik. Panas beb. Anak aku pun berpeluh. So, kena la bukak balik sweater dia.
.
Airport Husein Sastranegara Bandung ni kecik je. pastu dia combine ngan airport tentera. So, kalau bernasib baik, boleh la tengok askar2 berbaris kat situ.
.
Kalau ikut plan, sepatutnya ada supir kami tunggu kat airport tu. tapi dah setengah jam tunggu, takde plak orang yg datang cari kami. Handphone aku plak takleh roaming, lupa nak suruh Celcom enable roaming. So, takleh la nak contact sesapa….takat jadi jam tangan dan kalkulator jelah. Sting plak dah try call Panda (bakal pengantin baru), tapi dia tengah mandi.
.
Lepas sesi brainstorming ngan Sting dan Nazerul, kitaorang pun decide untuk amik teksi je ke hotel dan settlekan masalah supir lepas sampai hotel. Lepas tanya2 harga tambang teksi, ada la sorang mamat ni datang tanya kitaorang. “Saya dengarin bapak mau ke Bali World Hotel?”. Kami pun jawab la “ya!”. Pastu mamat tu bukak la gulungan kertas A4 yg dia pegang tu… ‘ENCIK STING / ENCIK NAZERUL’.
.
Lerrr….rupa2nya mamat tulah supir yg kami tunggu2 selama ini. Dia pun dah ada kat airport dari kul 9 pagi lg. Dia cakap dia tunggu sorang Jerman ngan sorang Melayu sebab dia ingatkan Sting ni orang Jerman, tapi rupa2nya si Sting ni nama je cam Jerman, tapi orang melayu tulen. Hehe.
.
Mas Adek, nama supir kami yang akan membawa kami untuk 5 hari kami berada di Bandung. Orangnya agak pendiam tapi mudah tersenyum.
.
Sepanjang perjalanan ke hotel yang memakan masa dalam 50 minit, aku dan bini aku agak teruja tengok Bandar Bandung. Bukan semata2 kerana suasana bandarnya, tapi lebih kepada bahasanya. Contohnya, di sana Klinik Gigi dipanggil Ahli Gigi atau Dokter Gigi. Lumayan tu bukan ditujukan untuk duit sahaja, tapi kepada macam2 benda lagi…contohnya “Mas, jauh gak ye hotel kita ni”…”ya, lumayan juga”. Dan macam2 lagi la….nampak serupa tapi tak sama maknyanya….hehe.
.

Sting memberikan 'report' khas kepada org di seberang


Lela di dalam Suzuki APV...kereta rasmi rombongan kami

Kami bermalam di Bali World Hotel, bertempat di jalan Soekarno-Hatta…agak jauh dari Bandar Bandung. Kalau ikut namanya, hotel ni cam tersalah tempat….sepatutnya letak la Bandung World Hotel….baru la orang tak konpius. Tak kisah la tu. Hotel ni takdelah besar mana, tapi bilik dia selesa gak la untuk diduduki. Aku bagi rating 3.5 / 5 untuk hotel ni sebab berbaloi dengan harganya (kira2 RM106 satu malam). Masuk je hotel aku terus bukak tv, nak tengok sinetron dan iklan2 kat tv. Hehe.
.
Nazerul dan Sting berehat di lobi Hotel


Faifai berposing di kamar hotel

Petang tu kitaorang gi makan nasi padang kat restoran Sederhana. Nama je Sederhana, tapi bleh tahan mahal gak harga makanan dia. Sorang kena dalam RM14 jugak la. Tak kisah la, janji dapat merasa masakan padang. Aku carik gak lauk gurame super complete, tapi tu masakan sunda la plak, kena carik restoran sunda.
.
Lepas makan, kitaorang gi jalan2 kat Jalan Cihampelas atau nama glamernya, Jeans’ Street. Memang banyak kedai jual seluar jeans kat situ. Harganya takde la murah mana pun. Dah abis pusing2, aku pun beli pisang goreng lenyek kat situ. Sedap tuuuu. Makan satu nak sepuluh lagi. Lepas abiskan ‘sample’ pisang goreng kat kedai tu, aku pun beli satu pek bawak balik hotel.
.Pisang goreng lenyek kegemaran Sting

Sekian sahaja siri 1 untuk trip ke Bandung. Siri 2 akan bersambung esok….takpun lusa…takpun tahun depan….hahaha
.

2 org sudah mengutuk, anda bila lagi?:

zain aziz berkata...

hehehe...

salam perkenalan..

cepat2 upload gambar. nak tgk jgk.

sare_reyes berkata...

hi! gambar kau dah upload ke?