Jumaat, November 16, 2007

Siri kisah customer service lagi



Pengisian pada hari ini berkisar tentang customer service. aku dah pernah raise issue ni dulu dan kali ni aku terkena lg.
.
Isnin lepas aku cuti, ni lah masanya aku nak bayar bil2 untuk bulan ni. selalunya aku bayar thru internet je, tapi disebabkan internet kat rumah aku tak up lg (time tu la), so kenalah gagahkan badan gi ke bank. kat ijok ni takde bank, yg paling dekat kat btg berjuntai. tp aku pegi bank kt kuala selangor sebab kat situ semua jenis bank ada.
.
sampai je kat kuala selangor, bank pertama yg aku nampak ialah simbank. terus la aku park keta kat situ. aku pun masuk la dalam bank tu, takde la ramai orang. di sebabkan aku ni dah lama tak gi bank, dan dah lama tak bayar bil kat bank, aku pun tanya la staff pompuan kat situ.
.
aku: "dik, nak bayar bil astro kena amik nombor ke?"
staff: "bayaran bil semua kena pakai ATM" sambil jarinya menuding ke arah ATM mesin kat situ.
aku: "tapi saya takde duit dalam akaun, saya bawak cash ni"
staff: "encik boleh masukkan duit kat cash deposit machine, lepas tu bayar thru ATM"
aku: "tak nampak ke cash deposit mesin tu rosak, abih camne?"
staff: "encik kena masukkan duit kat kaunter, lepas tu bayar bill astro di ATM"
aku: "takleh bayar terus kat kaunter ke? kan senang camtu"
staff: "encik, isi borang ni lepas tu masukkan duit kat kaunter"
ishh budak ni paham ke tak aku tanye hape nih, aku cakap dalam hati
aku: "saya pakai kad atm, boleh masukkan duit ikut kaunter ke?"
staff: "encik isi la borang ni, kemudian masukkan duit kat kaunter"
memang sah, dia ni tak paham bahasa...
aku: "saya taktau nombor akaun, saya cuma ada kad atm, camne nak isi borang ni!" aku naikkan skit suara...geram.
staff: "ooo, mintak kad encik" dia pun key-in kat pc dia...pastu dia cakap lg "nombor akaun encik XXXXXXX"
aku: "time kasih!" aku blah tanpa senyum kat minah tu.
.
lepas amik nombor, aku pun tunggu giliran....pastu masukkan duit thru kaunter. lepas tu beratur lagi kat atm machine tu untuk bayar bil.
.
letih tul, takkan la takleh bayar bil thru kaunter? hape diaorang dah upgrade system ke? bagi aku lebih ke downgrade ada la. at least kalau atm machine rosak, bleh la settlekan thru kaunter.
.
pengajaran daripada cerita ini ialah, waspadalah kalau nak upgrade system...bukannye lebih baik malah jadi lebih teruk. dan yang paling teruk, menyusahkan customer cam aku. sekian....

7 org sudah mengutuk, anda bila lagi?:

Mok berkata...

aku pon setuju sgt dgn ko...kalu tak ready lagi nak tukar system tu takyah pandai2 nak upgrade itu ini...sudahnyer menyusahkan lagi ada lah...lagi satu dalam apajua service industry, yg paling penting front-liner..yg bernyawa lar tu...bukan apa kalu sume front-liner asyik nak harapkan machine2 yg canggih kononnya tapi pelanggan tak diajar atau dijelaskan dgn cara penggunaannya,mmmm...apalagi proses yg senang pon bole jadi leceh...

kruk krak keropok ikan masuk angin berkata...

sepatutnya front line kena ada degree takpun master. barula dapat menangani masalah besar ni. takpun ambik dari Nepal. pasti terjamin keselamatan wang.

shahrul azwad berkata...

Masalah ni timbul pasal kurang kefahaman atau penerangan tentang sistem tu. Kenapa sesuatu perkara itu dilakukan? Ini masalah utama dalam customer service. Staf ikut rutin tapi tak tahu kenapa dia buat sebab dah ikut arahan. Samalah dalam public service "saya yang menurut arahan" yang jauh menyimpang dari terma asal oleh British, "Your obedient servant".

Bang, pendidikan tak bermaksud kelulusan..

sare_reyes berkata...

bojan...betul tu...manusia ngan mesin tak sama.

kruk krak...tak payah blajar tinggi2, kebanyakan kes cuma kena guna common sense je.

shahrul...yep, saya yang menurut perintah...tapi bukan secara membabi buta. hehe.

Tame berkata...

dorang sebenarnya gelojoh nak masuk market. masing2 compete nak yg pertama. tu yang bila go live jadi lintang pukang...

arenaKu uKanera berkata...

I don't want to sound arrogant but I totally agree with you that the level of customer service in our beloved country in general is very, very embarrassing.

sare_reyes berkata...

tame...patut user yg kena buat testing, baru nampak problem kat mana...

harun...couldnt agree more